"Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu.. Maka, Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga.."


diamdiam244.blogspot.com

Tamadun India
ASSALAMUALAIKUM :)

Shahirah. Azyan. Fatin. Azila. CTU 551- Tamadun India – Sosial dan Pendidikan -Ijazah Fisioterapi. Semester 1


Entries About Album


PATH

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
SYUKRAN

BLOG TAMADUN INDIA: Marsya, HBWZ4679,
0761tamadun, and FaizalMulia
euw233titas


10 MANFAAT :)

Assalamualaikum semua :)

" Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, Maka Allah akan permudahkan baginya jalan ke Syurga"

Jadi, oleh sebab itu kami tergerak untuk berkongsi ilmu tentang tamadun India yang kami dapat bersama dengan orang sekeliling supaya mereka sama sama turut mahir dan faham akan ilmu berkaitan tamadun India.

Kami telah mendapat idea untuk bercerita tentang dapatan projek kami kepada rakan rakan sekeliling kami.
Kami pergi dari satu rumah ke satu rumah untuk berkongsi ilmu yang kami peroleh.












Tujuan kami lakukan penyebaran ini adalah untuk :
  • Memastikan ilmu daripada projek ini tidak hanya memberi manfaat kepada ahli kumpulan kami bahkan orang sekeliling kami.
  • Menambahkan ilmu orang sekeliling tentang tamadun India.
  • Memastikan orang sekeliling dapat membezakan cara hidup orang India kini dan dahulu.
  • Memberi kesedaran bahawa orang India sendiri mempunyai tujuan utama mereka untuk berjaya dalam hidup.
  • Memberi pengajaran kepada orang Melayu terutamanya tentang perkara positif yang mereka amalkan untuk perbaiki kehidupan kita orang Melayu.
  • Sebagai cara mudah untuk pelajar memahami tamadun India tanpa melihat buku tetapi berdasarkan kehidupan realiti.
  • Mengaplikasikan cara pemikiran orang India yang kuat belajar dan bersyukur dengan apa yang mereka peroleh kepada orang Melayu terutamanya.
  • Merapatkan ukhwah sesama pelajar di UiTM melalui perkongsian ilmu seperti ini.
  • Menambahkan keyakinan kepada kami untuk berkongsi ilmu walaupun sedikit tetapi bermanfaat.
  • Meningkatkan 'soft-skill' kami dalam berkomunikasi dengan orang lain.

AGIHAN BORANG SOAL SELIDIK :)

Assalamualaikum.
Kali ini kami ingin membentangkan perjalanan projek kami iaitu agihan borang soal selidik kepada 10 orang pelajar UiTM Puncak Alam sendiri.

Borang telah dibahagikan secara rawak, bermaksud tiada ikatan samada mengikut fakulti ataupun kursus. Kami telah mengagihkan nya kepada siapa sahaja yang kami terserempak ketika dalam perjalanan kami ke kuliah. Objektif kami melakukan borang soal selidik ini adalah untuk menyedarkan warga UiTM yang majoritinya dipelopori oleh kaum Melayu bahawa kaum lain juga harus didekati kerana kita semua berpijak di Bumi yang sama, langit yang sama. Dan kita sesungguhnya merupakan makhluk Allah walaupun berlainan agama dan cara hidup.

Contoh borang adalah seperti berikut :

BORANG SOAL SELIDIK

FAKULTI :

PROGRAM/SEM :

JANTINA : L / P




   
    SKALA

        1

        2

        3

   KATEGORI

KURANG BAIK

     BAIK

 SANGAT BAIK






BIL
                        SOALAN
SKALA
1.
ADAKAH ANDA MENGETAHUI SEJARAH TAMADUN INDIA ?

2.
ADAKAH TARAF PENDIDIKAN KAUM INDIA LEBIH BAIK DARI KAUM LAIN DI TEMPAT ANDA ?

3.
SEJAUH MANAKAH ANDA MENGETAHUI TENTANG TRADISI PERKAHWINAN KAUM INDIA ?

4.
PERNAHKAH ANDA MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA ?

5.
ADAKAH PENEMPATAN ANDA DIKELILINGI OLEH KAUM INDIA ?

6.
PERNAHKAH ANDA BERSEKOLAH ATAU BELAJAR DI TEMPAT YANG MAJORITINYA KAUM INDIA ?

7.
ADAKAH KAUM INDIA MUDAH UNTUK DIDEKATI ?





8. BAGAIMANAKAH KITA DAPAT MENGAPLIKASIKAN NILAI-NILAI SESEBUAH TAMADUN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA ?





MAKLUM BALAS RESPON :
  • 8 daripada 10 orang responden kami mengatakan bahawa mereka mengetahui sedikit sebanyak tentang tamadun India.
  • 6 daripada 10 orang responden bersetuju bahawa taraf pendidikan kaum India lebih baik daripada kaum lain.
  • 4 daripada 10 responden memberi skala BAIK untuk taraf pengetahuan mereka tentang perkahwinan kaum India.
  • 9 daripada 10 responden kami pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum India.
  • 9 orang responden mengatakan penempatan mereka dikelilingi oleh kaum India.
  • Semua responden menjawab bahawa mereka pernah bersekolah di tempat yang majoritinya kaum India.
  • 9 responden menjawab bahawa kaum India mudah untuk didekati.  

PENDIDIKAN :)

 
Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik.Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi terasnya.Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki.Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut.
 
          Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah agama. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej Brahman.Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama. 

FALSAFAH
        Falsafah wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad, Mahabharata, dan Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda. Sementara falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainismedan Buddhisme.


 

SAINS DAN TEKNOLOGI
    Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda.Ilmu matematik telah wujud dalam tamadun India dan berkembang pest pada Zaman Gupta. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkan sistem nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.Sistem angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani, iaitu herodianicdan ionic.Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecendurungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga. 

BIDANG SAINS  
  1.  MATEMATIK
  • Sistem angka sifir ( juga dikenali sebagai sunya )
  • Algebra
  • Sistem perpuluhan
  • Trigonometri
  • Geometri ( menjadi asas dalam seni bina )

     2.  KALENDAR
  • Berdasarkan pengiraan astronomi, muncul kalendar matahari.
     3.  ASTRONOMI
  •   Bramagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan tepat ukur lilit bumi. Jyotisa atau ilmu kaji bintang adalah salah satu bahagian utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan.
     4.  FIZIK 
  •   Alam semesta dipercayai mengandungi lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Dunia mempunyai 5 elemen asas:
     •Bumi
    •Api
    •Udara
    •Air
    •Gelombang
    5. KIMIA 
  • Kajian tertumpu pada peleburan logam, pembuatan wangian dan pewarna. Juga pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas seperti yang dilakukan di Eropah.
   6. LOGAM
  • Terbukti dengan pembinaan Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi (tiang Besi) di Delhi berdekatan Qutb Minar yang dibuat pada 5M.
  7. PERUBATAN
  • Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir.
  • Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang, telah wujud sebelum tahun Masihi.
  • Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2 ) dan Susruta (kurun ke 4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen.
BIDANG KESENIAN

  1. MUZIK 
  •  4 kategori dalam alat muzik iaitu tata (tali), avanaddha (dram), ghana (solid/ideophone) dan susira (angin). Berbeza India Utara dan India Selatan
  • India Utara: sitar, sahnai dan tabla. India Selatan: Karnataka
     2. TARIAN
  •  Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki, tangan muka, perasaan.
     3. DRAMA
  •  Antara yang terkenal drama Sakuntala
    4. LUKISAN
  •  Dinding istana, ruang dalaman rumah golongan kaya, kuil
  • Pengaruh dari epik klasik Ramayana dan Mahabrata

DAPATAN KAJIAN :)

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sekarang kita sudah berada di minggu ke - 13.
Bermakna tidak lama sahaja lagi projek ini akan di sempurnakan.

Jadi, dalam post kali ini kami ingin berkongsi dapatan yang kami peroleh sepanjang kajian di lakukan.

Berdasarkan temu ramah kami terhadap responden, mereka mengemukakan pendapat mereka tentang  layanan kerajaan Malaysia terhadap kaum India di Malaysia.

Antaranya ialah :

  • Kerajaan Malaysia haruslah memberi taraf pendidikan yang sama rata kepada semua kaum di Malaysia.
  • Tidak semua kaum India mampu untuk membiayai kos pembelajaran anak anak mereka dengan menggunakan wang pendapatan sendiri.
  • Mereka juga mempunyai kesedaran dalam diri masing masing bahawa mereka ingin berbakti kepada tanah air mereka.
  • Dan pastinya mereka berkeinginan untuk bekerja di sektor kerajaan.
  • Mereka dididik sejak kecil untuk mendalami ilmu tentang budaya dan asal usul kaum mereka walaupun mereka bukanlah asal daripada negara India.

HASIL TEMURAMAH :)

Assalamualaikum..
Post kali ini penulis ingin mengemukakan video hasil temuramah responden kami sebelum ini.
Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk post video ini kerana kekangan masa yang di hadapi oleh penulis. Jadi di kesempatan yang ada ini, ingin sekali kami mengambil sedikit masa para pembaca untuk menonton video ini. Semoga ilmu yang kami peroleh ini mampu menambah ilmu pengetahuan kalian tentang tamadun India. Dan kerana itu kami tergerak untuk berkongsi ilmu bersama yang lain. Selamat menonton ! 






KEMBARA ANAK WATAN.

Assalamualaikum.
Semoga hari hari kita sentiasa di bawah lembayung rahmatNya. InshaaAllah.

Ingin diceritakan bahawa kami telah menamatkan salah satu tugasan luar kami pada 18 Oktober bersamaan hari Sabtu di Shah Alam.
Kami telah merancang untuk menyewa kereta Alza kerana kami tidak pergi berempat, tetapi berlapan, iaitu bersama kumpulan Tamadun India yang lain.



Pelbagai rintangan yang terpaksa kami hadapi, pertamanya berkaitan dengan kereta yang kami sewa. tetapi, Alhamdulillah segalanya dapat di tangani dengan baik. Dan perjalanan kami bermula dengan baik, walaupun hujan turun dengan lebatnya kami tetap kuat.

Sepanjang perjalanan, kami hanya dibantu oleh ' waze ' ataupun GPS. Tetapi kami tetap berjaya mencari destinasi tujuan.

Temu janji yang dibuat bersama responden yang ingin kami temu ramah ialah pada jam 4.30 petang. Dan Alhamdulillah kami sampai tepat pada masanya. Malangnya, orang yang ingin kami temu ramah tiada di rumah kerana hal pekerjaan. Jadi kami mengambil inisiatif lain untuk menemuramah anak beliau.




Berikut merupakan maklumat diri responden :
1. Nadthan A/L Nadesan - Polis - 55 Tahun.
2. Dineshwary A/P Nadthan - Optometry in National Institute of Ophthalmic Sciences - 22 Tahun.
3. Devakumaran A/L Nadthan - SMK Subang Jaya - 14 Tahun.


SISTEM KELUARGA DAN PERKAHWINAN :)


Keluarga merupakan unit asas dan terkecil dalam struktur masyarakat India. Tujuan mendirikan keluarga adalah untuk mendapatkan teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta untuk mendapatkan atau melahirkan anak sebagai penyambung zuriat atau keturunan.

Dalam masyarakat India, sistem keluarga yang biasa di amalkan ialah keturunan bersama. Keluarga bersama di bentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri isteri serta anak anak mereka yang masih belum berkahwin. Anak perempuan yang sudah berkahwin akan menjadi anggota keluarga suaminya dan bilangan anggota bersama adalah tidak terhad.

Secara amnya, sesuatu perkahwinan di atur oleh ibu bapa, juga jodoh bagi anggota keluarga dipilih oleh mereka. Namun begitu, masih terdapat perkahwinan berdasarkan percintaan yang di restui oleh keluarga. Dalam perkahwinan ini, khidmat nasihat daripada orang tua dapat di manfaatkan terutama sekiranya berlaku perselisihan faham antara ahli keluarga.



Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diturunkan kepada generasi muda kerana hubungan datuk nenek dengan cucu mereka adalah erat.

Sistem keluarga bersama juga turut mengalami kemerosotan kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran cabaran permodenan.

Kewujudan sistem undang undang moden, institusi institusi moden, pendidikan barat, sistem pemerintahan baru dan sebagainya menonjolkan konsep individu dan sekali gus membawa kemerosotan kepada sistem keluarga bersama.

Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek :
1. Ashrama Dharma yang menjelaskan tentang empat tahap yang harus dilalui oleh setiap manusia.
2. Purusartha iaitu tentang empat objektif mulia hidup yang utama.




Dharma - tindakan berdasarkan tujuan harmoni dan mulia - melakukan apa yang diniatkan
Artha - memperoleh kekayaan dan cara-cara untuk mencapai tujuan dan menjalani 

kehidupan dengan baik.
Kama - pemuasan hawa nafsu - keredaan mencapai tujuan dan memenuhi dharma  
Moksha - pembebasan terakhir - kemampuan untuk melepaskan sesuatu.




MASYARAKAT DAN BUDAYA.


Pada amnya, masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan kepada keluarga bahasa, iaitu orang Indo Arya dan Drividia.

Dari segi demokrasi, orang Indo Arya menetap di kawasan utara India manakala orang Dravidia menetap di kawasan selatan India.

Orang Indo Arya dan orang Dravidia memiliki tradisi kebudayaan masing masing.

Pertembungan antara kedua dua golongan budaya yang berbeza sejak beberapa kurun sebelum masihi lagi telah melahirkan sesuatu budaya yang di kongsi bersama, dan budaya serta tamadun itulah di anggap sebagai tamadun India.



BUDAYA HIDUP
  1. Sistem kasta
  2. Peringkat kehidupan
  3. Objektif kehidupan
  4. Kedudukan wanita
*KEDUDUKAN WANITA

 Masyarakat Indo-Aryan :
•Zaman Veda Awal (1500 – 1000SM) - memberi kedudukan yang sama seperti lelaki
•Zaman Veda Akhir (1000-500SM) – wanita dihadkan kepada aktiviti rumahtangga semata-mata; tidak dibenarkan membaca kitab suci, menjalankan upacara keagamaan dan terlibat dengan pendidikan
•Wanita tidak berhak untuk hidup setelah kematian suami – adat sutti mereka dibakar bersama mayat suami

Masyarakat Dravida :
•Mengamalkan perkara yang sama dengan dengan masyarakat Indo-Aryan
•Zaman Islam
•Islam mengangkat martabat wanita

SOSIAL.

KEPERCAYAAN DAN KEAGAMAAN

Mohor yang menunjukkan seorang manusia yang bertanduk tiga duduk seolah-olah sedang melakukan yoga ditemui di Lembah Indus. Tiga tanduk tersebut ditafsirkan dengan tiga fungsi utama Tuhan, iaitu penciptaaan, pemeliharaan dan pemusnahan.
Dalam Tamadun India terdapat pelbagai jenis agama yang diamalkan sebagai pegangan dan kepercayaan sesuatu kaum.

  • ·         Agama Hindu
  • ·         Agama Buddha
  • ·         Agama Jaina
  • ·         Agama Sikh

1.       Agama Hindu
·         Sejarah awalnya susah ditentukan kerana agama ini bersifat agama semulajadi.
·         Hindueisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama di seluruh dunia.
·         Kepercayaan dan ajaran Hindu diwarisi secara turun temurun
·         Mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati
·         Nama asal agama Hindu adalah Sanata Dharma
·         Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai enam aliran
-Saivisme
-Vaishnavisme
-Saktham
-Ganapathyam
-Kaumaramdan
-Saura
·         Agama ini telah menjadi agama penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin

2.       Agama Buddha
·         Diasaskan oleh Siddharta Gautama, putera Raja Sdhhodana Gautama daripada suku Shakya di India
·         Buddha berasal daripada perkataan Budh yang bermaksud yang mendapat kesedaran
·         Di alam agama Buddha ini, ia tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhanan, metafizikal atau sesuatu falsafah. Sebaliknya, mengajar ajaran psikologi dan etika yang berhubungkait dengan kehidupan ajaran Buddha yang mengutamakan Damma atau Dharma yang merangkumi 4 kebenara Mulia

3.       Agama  Jaina
·         Agama ini diasaskan oleh Naputta Vardhamana yang digelar mahavira.
·         Beliau merupakan anak lelaki seorang bangsawan yang sudah bosan dengan kemewahan dan hiburan serta hidup yang berfoya-foya.
·         Agama Jaina banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Buddhaisme.
·         Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh=roh individu
·         Ajaran Jaina ini mengandungi 9 prinsip-prinsip asas atau nava-tattva iaitu:-
ü  Jiva ( roh terdapat dala semua benda, yang bergrak dan bernyawa termasuk tumbuhan)
ü  Ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa)
ü  Asrava ( daya penarik)
ü  Papa karma (osa, hasil perbuatan yang jahat)
ü  Punya karma ( pahala, hasil perbuatan baik
ü  Bandha (ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan)
ü  Samvara (menahan pengaliran karma)
ü  Nirjara (pengahapusan karma)
ü  Siddhi (pelepasan dari kelahiran semula)
    4.       Agama Sikh
·         Diasaskan oleh Guru Nanak yang merupakan Kshatriya Hindu yang dilahirkan di Punjab.
·         Antara cirri-ciri Islam yang terkandung dalam agama Sikh adalah menolak penggunaan patung
·         Tuhan adalah kuasa terkuat yang member kurnia mengikut kehendaknya
·         Ciri Hinduisme juga terdapat dalam agama Sikh ini seperti konsep kelahiran semula atau dikenali sebagai Reinkarnasi dalam agama Hindu, iaitu maya, karma, dan guru
·         Sifat sombong dapat mengalih perhatian daripada kesedaran Tuhan, seseorang itu haruslah dipandu oleh seseorang guru
·         Agama ini menekankan 
ü  Kekayaan
ü  Pertalian keluargaan
ü  Pelajaran

·         Dalam tamadun India, salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam sistem social ialah keweujudan sistem kasta. Sistem ini  merupakan sebuah institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia yang lain.
·         Sistem ini mempunyai 4 sistem kasta utama
                -Brahmin
                -Ksyatria
                -Vaisha
                -Sudra
·         Keempat –empat kasta ini mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Sistem kasta ini menjadi darah daging kepada sistem social India dan sistem ini diikuti dengan ketat
·         Contohnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercmpur gaul dengan ahli kasta yang berbeza.

ASHRAMA DHARMA

Ia menjelaskan tentang empat tahap yang dilalui oleh setiap manusia iaitu:-

Tahap pertama (Bramacharya)
·         Seseorang yang berusia 12 tahun hingga 24 tahun dan dinamakan sebagai zaman bujang
·         12 tahun pertama merupakan tahap pembelajaran yang biasa (informal)
·         12 tahun kedua merupakan tahap pembelajaran yang serius (formal)

Tahap kedua (Grihasta)
·         Seseorang yang akan memulakan berumah tangga
·         Tamadun India mengesyorkan usia perkahwinan bagi kaum lelaki pada 21 hingga  30 tahun. Manakala 18 hingga 25 tahun bagi kaum wanita
·         Seseorang itu diharapkan mempunyai harta dan kekayaan yang secukupnya sebelum mendirikan rumah tangga
·         Orang yang berumah tangga dianggap sebagai teras masyarakat kerana golongan inilah yang akan bertanggungjawab melindungi serta menyara golongan lain seperti brachmacharya, vanaprastha dan sannyasa

Tahap ketiga (Vanaprastha)
·         Golongan yang berumahtangga dan berusia antara 48 hingga 72 tahun
·         Seseorang itu telah mencapai kearifan dan berkeupayaan untuk menasihati orang lain
·         Seseorang itu hendaklah menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan menggiatkan usaha-usaha untuk mendalami ajaran-ajaran agama serta menolak perkara-perkara duniawi

Tahap keempat (Sannyasa)
·         Seseorang yang berusia kira-kira 72 tahun ke atas
·         Seseorang itu hendaklah sama sekali dapat mengatasi nafsu dan keinginan (terutamanya dalam bidng duniawi).
·         Golongan warga tua dan alim yang penuh dengan ilmu ini disyarat menjalankan kerja-kerja amal terutamanya dalam usaha untuk menyebarkan ajaran agama. Bagi mencapai tujuan tersebut, glongan ini selalu mengembara dari suatu tempat ke tempat yang lain
Maka kesimpulannya, yang dapat dibuat bagi Ashrama Dharma ini adalah melalui empat tahap:-
1.       Brahmacharya : mempelajari ilmu pengetahuan
2.       Grihasta : berumah tangga dan berkerja
3.       Vanaprasta : bertapa dan bebaskan diri dari duniawi
4.       Sannyasa : sebar ilmu kepada masyarakat