
|
ASSALAMUALAIKUM :) ![]() PATH ![]()
SYUKRAN ![]()
| DUGAAN :(
Bismillah..
Assalamualaikum semua.
Allah tidak pernah berhenti menduga setiap hambaNya.
Begitu lah yang kami alami dalam proses menyempurnakan projek kami. Pada awalnya kami mengalami masalah untuk mencari orang yang perlu kami temu ramah. Tetapi,tidak lama selepas itu, Shahirah telah berjaya menemukan orang yang terbaik untuk kami temu ramah. Malangnya, orang itu tinggal di Johor yang mana kami sendiri tidak mampu untuk ke sana berikutan jarak perjalanan yang jauh.
Pelbagai sumber cuba kami cari orang, tetapi keadaan masih sama.
Dan atas takdir Allah, akhirnya kami telah menemukan orang untuk kami temu ramah atas bantuan rakan kelas kami sendiri, Farhana. Alhamdulillah.
Juga dengan izinNya, kami merancang untuk pergi menemuramah responden kami pada hari Sabtu ini, 1 November 2014.
Apapun perancangan kami,kami hanya merancang, dan Allah lebih tahu.
|