"Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu.. Maka, Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga.."


diamdiam244.blogspot.com

Tamadun India
ASSALAMUALAIKUM :)

Shahirah. Azyan. Fatin. Azila. CTU 551- Tamadun India – Sosial dan Pendidikan -Ijazah Fisioterapi. Semester 1


Entries About Album


PATH

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
SYUKRAN

BLOG TAMADUN INDIA: Marsya, HBWZ4679,
0761tamadun, and FaizalMulia
euw233titas


AGIHAN BORANG SOAL SELIDIK :)

Assalamualaikum.
Kali ini kami ingin membentangkan perjalanan projek kami iaitu agihan borang soal selidik kepada 10 orang pelajar UiTM Puncak Alam sendiri.

Borang telah dibahagikan secara rawak, bermaksud tiada ikatan samada mengikut fakulti ataupun kursus. Kami telah mengagihkan nya kepada siapa sahaja yang kami terserempak ketika dalam perjalanan kami ke kuliah. Objektif kami melakukan borang soal selidik ini adalah untuk menyedarkan warga UiTM yang majoritinya dipelopori oleh kaum Melayu bahawa kaum lain juga harus didekati kerana kita semua berpijak di Bumi yang sama, langit yang sama. Dan kita sesungguhnya merupakan makhluk Allah walaupun berlainan agama dan cara hidup.

Contoh borang adalah seperti berikut :

BORANG SOAL SELIDIK

FAKULTI :

PROGRAM/SEM :

JANTINA : L / P




   
    SKALA

        1

        2

        3

   KATEGORI

KURANG BAIK

     BAIK

 SANGAT BAIK






BIL
                        SOALAN
SKALA
1.
ADAKAH ANDA MENGETAHUI SEJARAH TAMADUN INDIA ?

2.
ADAKAH TARAF PENDIDIKAN KAUM INDIA LEBIH BAIK DARI KAUM LAIN DI TEMPAT ANDA ?

3.
SEJAUH MANAKAH ANDA MENGETAHUI TENTANG TRADISI PERKAHWINAN KAUM INDIA ?

4.
PERNAHKAH ANDA MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA ?

5.
ADAKAH PENEMPATAN ANDA DIKELILINGI OLEH KAUM INDIA ?

6.
PERNAHKAH ANDA BERSEKOLAH ATAU BELAJAR DI TEMPAT YANG MAJORITINYA KAUM INDIA ?

7.
ADAKAH KAUM INDIA MUDAH UNTUK DIDEKATI ?





8. BAGAIMANAKAH KITA DAPAT MENGAPLIKASIKAN NILAI-NILAI SESEBUAH TAMADUN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA ?





MAKLUM BALAS RESPON :
  • 8 daripada 10 orang responden kami mengatakan bahawa mereka mengetahui sedikit sebanyak tentang tamadun India.
  • 6 daripada 10 orang responden bersetuju bahawa taraf pendidikan kaum India lebih baik daripada kaum lain.
  • 4 daripada 10 responden memberi skala BAIK untuk taraf pengetahuan mereka tentang perkahwinan kaum India.
  • 9 daripada 10 responden kami pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum India.
  • 9 orang responden mengatakan penempatan mereka dikelilingi oleh kaum India.
  • Semua responden menjawab bahawa mereka pernah bersekolah di tempat yang majoritinya kaum India.
  • 9 responden menjawab bahawa kaum India mudah untuk didekati.