"Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu.. Maka, Allah akan permudahkan baginya jalan ke syurga.."


diamdiam244.blogspot.com

Tamadun India
ASSALAMUALAIKUM :)

Shahirah. Azyan. Fatin. Azila. CTU 551- Tamadun India – Sosial dan Pendidikan -Ijazah Fisioterapi. Semester 1


Entries About Album


PATH

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers
SYUKRAN

BLOG TAMADUN INDIA: Marsya, HBWZ4679,
0761tamadun, and FaizalMulia
euw233titas


SOSIAL.

KEPERCAYAAN DAN KEAGAMAAN

Mohor yang menunjukkan seorang manusia yang bertanduk tiga duduk seolah-olah sedang melakukan yoga ditemui di Lembah Indus. Tiga tanduk tersebut ditafsirkan dengan tiga fungsi utama Tuhan, iaitu penciptaaan, pemeliharaan dan pemusnahan.
Dalam Tamadun India terdapat pelbagai jenis agama yang diamalkan sebagai pegangan dan kepercayaan sesuatu kaum.

  • ·         Agama Hindu
  • ·         Agama Buddha
  • ·         Agama Jaina
  • ·         Agama Sikh

1.       Agama Hindu
·         Sejarah awalnya susah ditentukan kerana agama ini bersifat agama semulajadi.
·         Hindueisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama di seluruh dunia.
·         Kepercayaan dan ajaran Hindu diwarisi secara turun temurun
·         Mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati
·         Nama asal agama Hindu adalah Sanata Dharma
·         Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai enam aliran
-Saivisme
-Vaishnavisme
-Saktham
-Ganapathyam
-Kaumaramdan
-Saura
·         Agama ini telah menjadi agama penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin

2.       Agama Buddha
·         Diasaskan oleh Siddharta Gautama, putera Raja Sdhhodana Gautama daripada suku Shakya di India
·         Buddha berasal daripada perkataan Budh yang bermaksud yang mendapat kesedaran
·         Di alam agama Buddha ini, ia tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhanan, metafizikal atau sesuatu falsafah. Sebaliknya, mengajar ajaran psikologi dan etika yang berhubungkait dengan kehidupan ajaran Buddha yang mengutamakan Damma atau Dharma yang merangkumi 4 kebenara Mulia

3.       Agama  Jaina
·         Agama ini diasaskan oleh Naputta Vardhamana yang digelar mahavira.
·         Beliau merupakan anak lelaki seorang bangsawan yang sudah bosan dengan kemewahan dan hiburan serta hidup yang berfoya-foya.
·         Agama Jaina banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Buddhaisme.
·         Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh=roh individu
·         Ajaran Jaina ini mengandungi 9 prinsip-prinsip asas atau nava-tattva iaitu:-
ü  Jiva ( roh terdapat dala semua benda, yang bergrak dan bernyawa termasuk tumbuhan)
ü  Ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa)
ü  Asrava ( daya penarik)
ü  Papa karma (osa, hasil perbuatan yang jahat)
ü  Punya karma ( pahala, hasil perbuatan baik
ü  Bandha (ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan)
ü  Samvara (menahan pengaliran karma)
ü  Nirjara (pengahapusan karma)
ü  Siddhi (pelepasan dari kelahiran semula)
    4.       Agama Sikh
·         Diasaskan oleh Guru Nanak yang merupakan Kshatriya Hindu yang dilahirkan di Punjab.
·         Antara cirri-ciri Islam yang terkandung dalam agama Sikh adalah menolak penggunaan patung
·         Tuhan adalah kuasa terkuat yang member kurnia mengikut kehendaknya
·         Ciri Hinduisme juga terdapat dalam agama Sikh ini seperti konsep kelahiran semula atau dikenali sebagai Reinkarnasi dalam agama Hindu, iaitu maya, karma, dan guru
·         Sifat sombong dapat mengalih perhatian daripada kesedaran Tuhan, seseorang itu haruslah dipandu oleh seseorang guru
·         Agama ini menekankan 
ü  Kekayaan
ü  Pertalian keluargaan
ü  Pelajaran

·         Dalam tamadun India, salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam sistem social ialah keweujudan sistem kasta. Sistem ini  merupakan sebuah institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia yang lain.
·         Sistem ini mempunyai 4 sistem kasta utama
                -Brahmin
                -Ksyatria
                -Vaisha
                -Sudra
·         Keempat –empat kasta ini mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Sistem kasta ini menjadi darah daging kepada sistem social India dan sistem ini diikuti dengan ketat
·         Contohnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercmpur gaul dengan ahli kasta yang berbeza.

ASHRAMA DHARMA

Ia menjelaskan tentang empat tahap yang dilalui oleh setiap manusia iaitu:-

Tahap pertama (Bramacharya)
·         Seseorang yang berusia 12 tahun hingga 24 tahun dan dinamakan sebagai zaman bujang
·         12 tahun pertama merupakan tahap pembelajaran yang biasa (informal)
·         12 tahun kedua merupakan tahap pembelajaran yang serius (formal)

Tahap kedua (Grihasta)
·         Seseorang yang akan memulakan berumah tangga
·         Tamadun India mengesyorkan usia perkahwinan bagi kaum lelaki pada 21 hingga  30 tahun. Manakala 18 hingga 25 tahun bagi kaum wanita
·         Seseorang itu diharapkan mempunyai harta dan kekayaan yang secukupnya sebelum mendirikan rumah tangga
·         Orang yang berumah tangga dianggap sebagai teras masyarakat kerana golongan inilah yang akan bertanggungjawab melindungi serta menyara golongan lain seperti brachmacharya, vanaprastha dan sannyasa

Tahap ketiga (Vanaprastha)
·         Golongan yang berumahtangga dan berusia antara 48 hingga 72 tahun
·         Seseorang itu telah mencapai kearifan dan berkeupayaan untuk menasihati orang lain
·         Seseorang itu hendaklah menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan menggiatkan usaha-usaha untuk mendalami ajaran-ajaran agama serta menolak perkara-perkara duniawi

Tahap keempat (Sannyasa)
·         Seseorang yang berusia kira-kira 72 tahun ke atas
·         Seseorang itu hendaklah sama sekali dapat mengatasi nafsu dan keinginan (terutamanya dalam bidng duniawi).
·         Golongan warga tua dan alim yang penuh dengan ilmu ini disyarat menjalankan kerja-kerja amal terutamanya dalam usaha untuk menyebarkan ajaran agama. Bagi mencapai tujuan tersebut, glongan ini selalu mengembara dari suatu tempat ke tempat yang lain
Maka kesimpulannya, yang dapat dibuat bagi Ashrama Dharma ini adalah melalui empat tahap:-
1.       Brahmacharya : mempelajari ilmu pengetahuan
2.       Grihasta : berumah tangga dan berkerja
3.       Vanaprasta : bertapa dan bebaskan diri dari duniawi
4.       Sannyasa : sebar ilmu kepada masyarakat